Seorang Pesuruhjaya Sumpah secara peribadi akan menguruskan sendiri setiap orang yang memerlukan perkhidmatannya, mengesahkan identiti orang yang membuat pernyataan / dokumen itu dan seorang Pesuruhjaya Sumpah memastikan bahawa orang tersebut memahami kandungan pernyataan / dokumen. (Peraturan 11 (2) )

i. mengesahkan identiti, maklumat peribadi seperti yang tertera dalam kad pengenalan atau pasport atau dokumen pengenalan rasmi, dan alamat orang yang membuat akuan  ,ikrar , afidavit, sumpah atau pernyataan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah itu.

ii. membacakan dan menerangkan kandungan dokumen dan ekshibit yang dilampirkan bersama dokumen itu, sekiranya deponen atau pembuat dokumen itu buta, buta huruf atau tidak memahami bahasa yang ditulis dalam dokumen itu, sebelum Pesuruhjaya Sumpah memperakui bahawa dia telah berbuat sedemikian di dalam jurat.

iii. menandatangi ringkas, mengecapkan cop meterai kecil dan memastikan deponen juga menandatangi ringkas apa-apa perubahan yang dibuat dalam dokumen yang hendak diberi sumpah atau diikarkan.

iv. tidak mengecapkan meterainya pada mana-mana dokumen melainkan jika deponen atau pembuat dokumen itu telah menandatangani atau mengecapkan cap jari pada dokumen di hadapannya;

v. enggan memberikan perkhidmatannya apabila Pesuruhjaya Sumpah itu mempunyai sebab yang boleh dipercayai untuk mengesyaki bahawa mana-mana orang yang hadir di hadapannya adalah terlibat dalam perdayaan, penipuan, paksaan, atau tindakan lain yang menyalahi undang-undang.

vi. menjalankan semua fungsi jawatannya dengan segera, munasabah, cekap dan berintegriti; dan

vii. bersedia menjalankan semua fungsi jawatannya pada waktu tetap dan munasabah.

Whatsapp