Apa yang perlu saya bawa semasa berjumpa dengan Pesuruhjaya Sumpah?
Dokumen asal yang perlu anda sahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah
Untuk warganegara Malaysia, kad pengenalan asal anda (“IC”)
Untuk WargaAsing: kad pengenalan atau pasport asal / kad UNHCR / kad pelarian dokumen pengenalan diri atau dokumen pengenalan asal yang lain sebagai bukti pengenalan diri.
Berapa lama masa yang diperlukan dokumen saya disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah?
Ia akan memakan masa sekitar 5 hingga 15 minit bergantung pada jenis dan berapa banyak dokumen, dan juga giliran sebelum memberi perkhidmatan kepada anda.
Adakah saya perlu membuat temu janji sebelum mengunjungi Pesuruhjaya Sumpah?
Tidak perlu. Walau bagaimanapun, jika anda lebih suka membuat temu janji, anda boleh menghubungi / whatapps kami di +6012-609 5293
Bilakah waktu operasi Pesuruhjaya Sumpah kami ?
Pesuruhjaya sumpah kami beroperasi :
Isnin hingga Jumaat (10:00 pagi – 6:00 petang)
Siapakah pesuruhjaya sumpah?
Pesuruhjaya sumpah adalah pegawai yang dilantik oleh Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan untuk mengesahkan identiti orang yang membuat pengakuan/dokumen.